Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Fikri & Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim
Niat saya dan suami hanya ingin berkongsi kisah cinta perkenalan kami.

Kisah perkenalan kami bermula pada awal Februari 2021. Awalnya suami saya menghantar mesej di tilljannah tetapi saya tidak membalas mesej tersebut. Hari demi hari tanpa jemu dia tetap mesej saya. Sehingga suatu hari, terdetik di hati saya untuk membalas mesej² tersebut. Selepas dari itu, kami pun kerap mesej bertanya khabar, suami di Perlis dan saya di Selangor. Disebabkan covid jadi kami tak diizinkan bertemu .

Selepas seminggu kami berkenalan di dalam telefon, terus suami saya menyatakan hasrat untuk bernikah. Saya bersetuju dan terus kami buat urusan untuk bernikah pada Mac 2021. Alhamdulillah, pada 9 April untuk pertama kali kami berjumpa dan mengikat tali pertunangan dan pada 10/4/2021 kami sah menjadi suami isteri.

Sekarang kami dalam mood BERCINTA SELEPAS NIKAH . ALHAMDULILLAH, portal tilljannah sangat-sangat membantu untuk mereka yang mencari pasangan.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, bujang / duda / janda dan SERIUS dalam mencari jodoh.