{"id":342,"date":"2020-12-30T10:58:45","date_gmt":"2020-12-30T02:58:45","guid":{"rendered":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/?p=342"},"modified":"2022-08-26T23:21:08","modified_gmt":"2022-08-26T15:21:08","slug":"tip-mengumpul-duit-kahwin-untuk-pasangan-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/2020\/12\/30\/tip-mengumpul-duit-kahwin-untuk-pasangan-muda\/","title":{"rendered":"Tip Mengumpul Duit Kahwin Untuk Pasangan Muda!"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh3.googleusercontent.com\/N-sLOm5wHJ4nb6DU0SvrW21AfsdtS6cKSguTRdRKl4Abi1NkTQ1iD7KAr-TvKRFgGMcWbaZjXtIDI28OT-2vUehOMtgPzbhvx55AzGr7_h18NSgt98SvPmpJVDYSWvT-5Oe8CP61\" alt=\"\"\/><\/figure>\n\n\n\n<iframe src=\"https:\/\/www.tilljannah.my\/user\/blog_register_form\" class=\"iframe_register\"><\/iframe>\n\n\n\n<p>Zaman kini, tiada apa yang tidak menggunakan duit. Meskipun duit itu tidak menjamin kebahagiaan, namun duit adalah amat penting untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Kebanyakan individu yang memutuskan untuk tidak berkahwin disebabkan oleh ketidakmampuan untuk menanggung kos perkahwinan yang semakin hari semakin tinggi! Tetapi adakah ini keputusan yang bernas? Sebenarnya ada banyak cara yang boleh membantu anda untuk menampung kos majlis perkahwinan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertama sekali, rancang walimah yang sederhana. Keduanya, membuat perancangan awal seperti target tahun yang ingin berkahwin. Seterusnya, pupuk diri untuk menabung dari usia muda. Sekiranya anda mempunyai ketiga-tiga kriteria ini, inshaAllah majlis yang ingin dijayakan tidak mendatangkan rasa bebanan yang besar. Niat berkahwin juga mestilah selaras dengan syariat Islam iaitu ingin mendirikan rumahtangga demi mencapai keredhaan Allah. Oleh itu, untuk pasangan muda yang sudah pun memasang impian untuk berkahwin, di bawah ini akan kami sertakan tip untuk mengumpul duit kahwin dengan mudah!<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\"><li><strong>Simpan separuh atau suku dari duit gaji<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Pilihan ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu, namun bagi anda yang ingin berkahwin, WAJIB untuk anda menyimpan sekurang-kurang 30 peratus gaji anda untuk persiapan majlis perkahwinan dan kehidupan berumahtangga. Perlu diingati bahawa kehidupan selepas berkahwin juga memerlukan wang yang secukupnya. Contoh pengiraan adalah seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\">Gaji bersih X Simpanan (30%)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\">= RM 2,300 X 30%<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-left\"><strong>= RM 690<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Jadinya amaun yang anda dapat ini lah yang perlu disimpan pada setiap bulan. Bagi anda yang tidak mempunyai banyak tanggungan seperti kereta\/motor, makan, sewa, dan lain-lain, boleh tingkatkan lagi peratus simpanan anda. Lagi tinggi peratusnya lagi baik untuk anda. Mereka yang mula menyimpan dari awal tidak akan merasa terbeban di masa yang akan datang.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"2\"><li><strong>Melabur<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Pelaburan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan anda. Zaman sekarang ini sudah ramai anak muda mula sertai pelaburan saham, emas, dinar dan sebagainya. Pelaburan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mereka yang ingin mendapatkan duit lebih. Namun perlu diingati juga bahawa pelaburan mempunyai risiko. Pastikan anda sudah mempunyai ilmu pelaburan yang secukupnya sebelum melabur dengan mana-mana pihak. Bagi umat Islam, pastikan pelaburan anda yang mematuhi Syariah.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"3\"><li><strong>Kerja part-time<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Untuk anda yang tidak berminat dengan risiko pelaburan, anda boleh melakukan kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan. Aturkan masa dan jadual kerja anda dengan baik untuk memudahkan urusan. Ramai di antara mereka yang ingin berkahwin melakukan kerja part-time seperti menjadi <em>rider<\/em> penghantaran makanan, pemandu dan bermacam lagi.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"4\"><li><strong>Berjimat cermat<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Kalau anda mahukan sesuatu maka anda perlu berusaha dan berdisiplin. Elakkan amalan membazir dengan berbelanja untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah. Cara yang terbaik untuk mengelakkan pembaziran ialah dengan mengenal pasti perbezaan antara keperluan dan kehendak. Jika dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil \u201c<em>need or want<\/em>\u201d. Keperluan (<em>Need<\/em>) adalah seperti barangan asas untuk meneruskan kehidupan, manakala kehendak (<em>Want<\/em>) ialah keinginan terhadap sesuatu untuk mencapai keselesaan hidup yang maksima.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh6.googleusercontent.com\/5UNhDxn2Qk3D0uZAK7-mO-YeXO0CvZAPjDsn0gjcY-ICyiE3Gsixm4AUvBs8BJO-cOm3v2K1ho51IDRh1UJ_fZpVnY45bQgGlui895wN3kyL4OocqAlD3tZlauSjTswG7k33PAs-\" alt=\"\"\/><\/figure>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"5\"><li><strong>Membuat perbandingan keperluan majlis<\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Dalam anda berbelanja untuk keperluan majlis, pastikan anda melakukan <em>survey <\/em>terlebih dahulu. Membuat perbandingan harga merupakan satu langkah yang bijak sebelum melakukan pembelian. Anda boleh mendapatkan sebut harga atau <em>quotation<\/em> daripada kedai-kedai yang ditinjau. Selepas mendapat <em>quotation, <\/em>anda boleh mula melakukan perbandingan dan seterusnya mencapai keputusan yang terbaik.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"6\"><li><strong>Tidak selalu keluar <\/strong><strong><em>dating<\/em><\/strong><\/li><\/ol>\n\n\n\n<p>Bagi pasangan yang bakal berkahwin, elakkan keluar ber-<em>dating<\/em> terlalu kerap. Apabila anda keluar, maka wang perbelanjaan juga perlu disediakan. Maka untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak bermanfaat, elakkan daripada <em>dating<\/em>. Apabila sudah berkahwin nanti anda boleh ber-<em>dating<\/em> setiap hari maka simpan kemanisan tersebut selepas diijabkabulkan. Sesungguhnya yang halal itu lebih indah dan berkat, inshaAllah.<\/p>\n\n\n\n<iframe src=\"https:\/\/www.tilljannah.my\/user\/blog_register_form\" class=\"iframe_register\"><\/iframe>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Zaman kini, tiada apa yang tidak menggunakan duit. Meskipun duit itu tidak menjamin kebahagiaan, namun duit adalah amat penting untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Kebanyakan individu yang memutuskan untuk tidak berkahwin disebabkan oleh ketidakmampuan untuk menanggung kos perkahwinan yang semakin hari semakin tinggi! Tetapi adakah ini keputusan yang bernas? Sebenarnya ada banyak cara yang boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":343,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[133,22,4,131],"class_list":["post-342","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel","tag-duit-kahwin","tag-perhubungan","tag-perkahwinan","tag-tip-kahwin"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/342","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=342"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/342\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1185,"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/342\/revisions\/1185"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/343"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=342"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=342"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.tilljannah.my\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=342"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}