Berkahwin memang best.. tetapi nak menempuhi bahtera perkahwinan itu penuh dengan cabaran. Apa-apa pun lengkapkan diri dengan ilmu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. ❤️❤️❤️

5 PERKARA WANITA PERLU BELAJAR SEBELUM MENJADI ISTERI.

1. Belajar memandu.
Zaman sekarang, sudah menjadi satu perkara yang penting untuk para wanita tahu memandu kereta. Bukan hanya tahu, tetapi perlu ada keberanian untuk memandu. Percayalah, wanita yang berani untuk memandu ini satu bonus dan pastinya dapat membantu sedikit sebanyak suami untuk menguruskan rumah tangga selepas berkahwin. Sekiranya ada hal kecemasan dan memerlukan isteri bergerak sendiri, tidak menjadi satu masalah untuk isteri menguruskan urusan tersebut.

2. Belajar menyusun masa.
Susun masa dengan sebaik mungkin sebelum berkahwin. Selepas berkahwin, masa yang ada masih 24 jam sehari. Tetapi bagaimana untuk anda menyusun masa anda sebagai anak, isteri dan juga ibu nanti?
Pengurusan masa yang baik berhubung kait dengan emosi seseorang. Pengurusan masa yang baik dapat membantu isteri memberi ruang kepada diri untuk ber “me time’ selepas penat bekerja dan menguruskan keluarga. Ambil sedikit masa untuk “me time” dengan melakukan aktiviti yang disukai. Contohnya, makan makanan kegemaran dengan tenang tanpa diganggu, pergi spa,  menonton movie atau rancangan TV kegemaran.

3. Belajar “make-up” secara ringkas.
Ambil tahu serba sedikit tentang langkah-langkah penjagaan diri dan wajah secara ringkas seperti moisturizer, sun block, foundation, bedak, lipstik dan sebagainya. Belajar dari awal supaya tidak kekok nanti selepas berkahwin. Make-up yang ringkas lebih memudahkan, pastinya akan timbul rasa lebih yakin pada diri apabila berhadapan dengan pasangan.

4. Belajar pengurusan kewangan.
Pengurusan kewangan sangatlah penting selepas berkahwin. Praktis mulai sekarang. Kalau sekarang anda seorang yang boros, latih dari sekarang untuk lebih berjimat cermat.  Baca bahan bacaan tentang bab kewangan. Komitmen semasa bujang tidak sama komitmen selepas berkahwin. Selepas berkahwin banyak keperluan yang perlu diutamakan dan pastinya memerlukan banyak perbelanjaan. Sekiranya dapat pasangan yang boros, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk menasihati pasangan tersebut dengan ilmu yang anda ada.

5. Belajar memasak.
Jangan terkejut andai ada dalam kalangan wanita yang masih tidak dapat membezakan halia dengan lengkuas atau daun sup dengan daun ketumbar. Mulalah belajar memasak dari sekarang, menu yang simple dan ringkas pun tidak mengapa. Asalkan dapat ikat hati suami dengan air tangan isterinya.


Ambil tahu tau 5 perkara ini dan ambil peluang untuk belajar. Semoga bermanfaat !

Belum temui calon pasangan, daftar TillJannah.my hari ni.

Daftar sekarang  di www.tilljannah.my ❤️❤️❤️