Baru-baru ni Min dapat soalan, “Betul ke apabila mimpi si dia tanda istikharah terjawab yang dia jodoh kita? Boleh ke percaya itu sebagai tanda doa istikharah terjawab?”

Mimpi yang kita lalui itu bukanlah 100% untuk kita katakan adalah betul bahawa itu petanda istikharah menjawab dari doa-doa kita selama ini. Boleh jadi disebabkan kita asyik terbayang-bayang si dia sehingga wajah si dia masuk ke alam mimpi.

Sebenarnya petunjuk atau keputusan kepada jawapan istikharah tidak semestinya melalui mimpi. Kadang kala ia datang dalam bentuk bayangan dan ketenangan dalam hati.

Majoriti ulama juga memberikan jawapan ada 3 petanda istikharah kita terjawab. Min sampaikan ya:

1. Rasa ketenangan dalam hati untuk memilih sesuatu perkara.

2. Kita di dorong ke arah pilihan tersebut untuk kita buat.

3. Mimpi.

Apa-apapun lakukan istikharah dengan lapang dada dan bersangka baik setiap pilihan yang Allah dah aturkan dalam hidup kita. 

Yakinlah pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku.

Dalam rekod At-Thobrani (980), dikatakan bahawa Rasulullah berkata,
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan Istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka berIstisyarah”.

Apakah yang dimaksudkan Istikharah dan istisyarah?
Istikharah adalah solat sunat dua rakaat memohon petunjuk dan jawapan daripada Allah bagi memilih jawapan yang lebih baik antara dua pilihan. Manakala, Istisyrah pula adalah perbincangan atau mesyuarat.

Oleh itu, hanya sekadar melakukan istikharah sahaja tetapi perlulah diiringi dengan istisyarah dengan bertanyakan kepada mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut.
Akhirnya balik ke alam realiti, berbincang, menimbang pro & kontra sebelum membuat sesuatu keputusan.

Belum ada calon pasangan?

Daftarlah TillJannah.my sekarang  ❤️❤️