Woman With Red Umbrella Standing at Riverbank

Wanita yang sedang merajuk mudah dikesan melalui perubahan sikap mereka yang semakin dingin, namun amat sukar untuk ditawan hatinya semula. Ada yang mengambil masa sehingga berhari-hari dan berminggu-minggu untuk kembali baik semula oleh kerana hatinya yang terluka. Sebagai seorang lelaki, anda boleh mengambil langkah awal sekiranya anda mendapati si dia sedang merajuk dengan meneliti tanda-tanda di bawah ini. Antaranya:

  1. Menangis atau bersedihan

Wanita sememangnya amat sinonim dengan air mata yang mudah meleleh. Ini kerana hati mereka sangat lembut dan mudah tersentuh terutamanya dengan orang yang disayangi. Sekiranya anda melihat pasangan wanita anda sering menangis atau bersedihan, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jangan anda biarkan mereka bersedihan terlalu lama, ambil  langkah untuk bertanya terlebih dahulu dan kemudian cuba untuk memujuk mereka sekiranya masalah tersebut berpunca daripada anda. 

  1. Tidak banyak bercakap

Antara petanda paling jelas wanita sedang merajuk ialah apabila mereka mula kurang bercakap dengan anda. Jika selalunya mereka kelihatan ceria tetapi tiba-tiba saja muka mereka kelihatan murung atau masam, sudah tentu ada yang tidak kena. Langkah yang terbaik anda boleh lakukan ialah dengan cuba memujuk mereka dengan kata-kata manis untuk melembutkan hati si dia. Jika masih tidak berkesan, cuba pula dengan meminta maaf terlebih dahulu. 

  1. Mengurung diri

Selalunya wanita yang sedang berkecil hati akan menjauhkan dirinya daripada orang sekeliling terutamanya dengan si dia yang melukakan hati mereka. Mereka akan mengambil masa untuk cuba menenangkan diri sendiri dengan mengurungkan diri di dalam bilik atau dalam satu ruang yang mereka selesa. Mungkin disaat mereka berkurung, anda boleh cuba dengan menghantar makanan atau apa-apa sahaja yang digemari mereka sebagai langkah untuk memujuk. 

  1. Menolak semua ajakan dari anda

Sesetengah wanita yang merajuk akan menghadapi fasa “mood swing”. Sebagai contohnya mereka akan tiba-tiba naik angin atau menangis. Mereka juga akan kehilangan mood untuk melayan apa-apa sahaja karenah anda! Akan tetapi, janganlah anda putus asa untuk memujuk mereka. Wanita sangat suka dipujuk terutamanya dari pasangan yang disayanginya.

  1. Tidak membalas panggilan atau mesej anda

Jika anda hanya di-“blueticked” atau “seen” di WhatsApp atau di-“reject” melalui panggilan telefon, percayalah si dia sedang merajuk dengan anda. Mungkin wanita yang anda kasihi terluka hati dengan kata-kata atau perbuatan anda. Jangan diambil mudah sekiranya perkara ini berlaku. Turunkan ego dan cuba untuk mengalah dengan mengaku setiap kesilapan yang anda lakukan. 

Wanita merupakan sejenis makhluk yang dicipta Allah SWT dengan sifat yang sangat mudah tersentuh. Sebolehnya, tidak kisahlah wanita atau lelaki, cuba sedaya upaya untuk menjaga percakapan dan perbuatan kita agar tidak menyinggung perasaan orang lain terutamanya orang yang disayangi seperti ibu bapa, pasangan, adik-beradik dan sebagainya.